Serangan Di Paris: Kedutaan Perancis Adakan Himpunan Solidariti

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 11:25 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis akan mengadakan perhimpunan solidariti pada Isnin berikutan serangan di Paris.

Dalam laman Twitternya, kedutaan menyatakan pertemuan akan berlangsung pada pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam oleh komuniti Perancis di Malaysia.

"Jangan lupa untuk bawa kad ID anda," dalam tweet itu.

Duta Perancis di Malaysia Christophe Penot akan berada di majlis itu di Jalan Ampang.

Menurut bahagian media kedutaan itu, buku takziah akan dibuka pada esok dan Rabu.

Bendera Perancis dikibar separuh tiang di kedutaan sehingga esok yang masuk hari ketiga tempoh perkabungan yang diisytihar oleh Perancis.

Dalam pada itu, wakil Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkata penerbangan ke Perancis tidak terjejas berikutan serangan itu dan tiada pembatalan tiket pada ketika ini.

Penasihat perjalanan syarikat penerbangan itu berkata penerbangan antara Kuala Lumpur dan Paris akan beroperasi seperti biasa.

Tags / Kata Kunci: Perancis , Paris

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan