Henti Salahkan Islam Fundamentalis Lakukan Keganasan - Rafidah

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 2:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbuatan melabelkan Islam fundamentalis melakukan keganasan dan fahaman pelampau adalah salah, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri kabinet itu dalam entri terbaharunya di Facebook berkata, ketika laporan berita cenderung menyamakan tindakan keganasan dengan Islam fundamentalis, dunia harus menyedari ia mempunyai maksud yang berbeza.

"Sudah tiba masanya kita perlu perbetulkan. Pertama, sebahagian besar umat Islam di dunia ini adalah Islam fundamentalis kerana kita percaya kepada prinsip dan asas ajaran Islam yang mengajar kita supaya bersederhana dalam apa jua yang kita lakukan," kata Rafidah.

Beliau berkata dalam mana-mana agama terdapat golongan minoriti yang menyimpang dan mentafsir agama mengikut kefahaman peribadi mereka sendiri.

"Ada yang menjadi pelampau dan akan memecah-belahkan sikap 'kita dan anda'.

"Pandangan dan tafsiran seperti itu boleh membawa kepada tingkah laku dan tindakan keganasan untuk memusnahkan orang lain yang berbeza daripada mereka," katanya.

Rafidah berkata sudah tiba masanya untuk memisahkan ekstremisme dan keganasan daripada majoriti fundamentalis.

"Kami menolak apa yang dilakukan pengganas. Saya adalah orang Islam yang berpegang teguh kepada asas agama saya, oleh itu saya seorang Islam fundamentalis, jadi dunia mesti memperbetulkan mengenainya," kata beliau.

Pada Jumaat lalu, sekurang-kurang 129 maut dalam satu siri pengeboman berani mati dan tembakan di Paris.


iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan