Kerajaan Bayar RM60 Juta Kepada Dua Syarikat Penyedia AES

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang bermula pada 23 September 2012, kerajaan telah membayar sejumlah RM60,122,080 sebagai fi perkhidmatan kepada dua buah syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.

Menerusi jawapan bertulis yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan di Parlimen, kerajaan telah membayar RM27,181,584 kepada ATES Sdn Bhd dan RM32,940,496 kepada Beta Tegap Sdn Bhd.

Selain itu, kementerian tersebut memberitahu sebanyak 2,144,921 saman telah dikeluarkan menerusi sistem tersebut sehingga 30 September 2015 atas kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat.

Dalam soalan yang dikemukakan Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam), beliau meminta Menteri Pengangkutan untuk menyatakan berapakah jumlah saman yang dikeluarkan melalui AES.

Beliau turut meminta kementerian tersebut untuk menyatakan jumlah bayaran yang dibuat kepada dua syarikat tersebut yang menyediakan perkhidmatan AES.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan tidak menghentikan operasi AES, sebaliknya program tersebut sedang dikaji semula bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah menjelang awal tahun depan.

Menurutnya, kajian semula itu mengambil masa ekoran operasi AES yang baharu terletak di bawah kendalian Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain memastikannya selari dengan penguatkuasaan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan