Wanita Akan Teraju APM Jika Diluluskan Kabinet - Berita Semasa | mStar

Wanita Akan Teraju APM Jika Diluluskan Kabinet

Diterbitkan: Isnin, 16 November 2015 2:03 PM

Pasukan Jabatan Pertahanan Awam menyiapkan kelengkapan dalam menghadapi banjir pad musim tengkujuh.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan wanita akan diberi peluang untuk memimpin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jika cadangan penubuhannya mendapat kelulusan Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata cadangan mengenai perkara itu telah dikemukakan kepada semua kementerian dan setakat ini hanya satu kementerian masih belum memberi keputusan mengenainya.

"Kerajaan masih bincang untuk kita menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menggantikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Lepas ni JPAM akan jadi APM sebab banyak orang sebutnya (JPAM) kurang bagus…ketua pengarahnya adalah seorang wanita," katanya menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) mengenai keberkesanan JPAm dalam mengawal masuk kawasan sempadan Sabah.

Ahli Parlimen Arau itu berkata JPAM tidak terlibat secara langsung dalam mengawal persempadan Sabah sebaliknya lebih berperanan dari segi kerja-kerja kebajikan dan sosial.

"JPAM ni lebih kepada perkara-perkara kebajikan, tak terlibat secara langsung kawal sempadan seperti Rela dan sebagainya, kita beri bantuan dari segi logistik dan bantuan bencana.

"Tapi kita telah setuju tempatkan anggota JPAM di seluruh kawasan Esscom," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata menerusi tinjauan yang dilakukan di kawasan Esscom baru-baru ini, ia berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi dengan kecekapan dan kawalan aset.

"Bagaimana masih bolos susah kita nak jawab, tapi operasi sering dilakukan. Boleh dikatakan setiap hari ada tangkapan dan pusat tahanan kita sentiasa penuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: APM , JPAM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan