Umat Islam Perlu Kutuk, Hantar Mesej Tegas Tolak Keganasan - Salleh

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti mengutuk dan menghantar mesej tegas bahawa tiada toleransi terhadap perbuatan keganasan sama ada terhadap umat Islam atau bukan Islam, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bahawa umat Islam menolak semua bentuk keganasan sama ada oleh pengganas atau negara.

"Keganasan mengakibatkan keganasan dan sejarah telah membuktikan bahawa keganasan bukan cara untuk menyelesaikan konflik.

"Bagaimanapun, selagi majoriti senyap yang merupakan sebahagian besar masyarakat terus membisu dan tidak mengutuk perbuatan keganasan, dengan itu akan dianggap sikap berdiam diri itu merupakan tanda sokongan tanpa kata-kata," katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.com, Ahad.

Salleh mengulas serangan di Paris pada Jumaat malam di dewan konsert, restoran di tengah-tengah ibu kota dan berhampiran Stade de France yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.

Beliau berkata insiden itu merupakan serangan kedua oleh pengganas pada tahun ini selepas kes tembakan di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo dan mengembalikan ingatan terhadap kejadian pengeboman di Madrid pada 2004 yang mengakibatkan 191 orang terbunuh dan 1,800 yang lain cedera.

Salleh mengambil perhatian sejak insiden September 2001, Islam telah dianggap sebagai agama keganasan dan pihak yang memberikan Islam imej negatif ini ialah orang Islam sendiri.

"Malangnya, dalam semua tragedi ini ia melibatkan perbuatan orang Islam. Dan ini merupakan satu lagi tragedi kerana orang Islam juga menjadi mangsa termasuk turut terkorban dan cedera.

"Apa yang pihak Barat mungkin tidak sedar adalah terdapat lebih satu bilion umat Islam tetapi hanya segelintir minoriti yang melakukan tindakan keganasan ini manakala majoriti orang Islam cintakan keamanan dan menolak keganasan," kata Salleh.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Paris , Salleh Said Keruak , Islam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan