Polis Tingkatkan Kawalan Keselamatan Sidang Kemuncak Asean - TPM

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 12:25 PM

Kerja-kerja persiapan terakhir rancak dilakukan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang akan bermula pada 16 hingga 22 November ini.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Polis meningkatkan kawalan keselamatan pada Sidang Kemuncak Asean Ke-27 yang akan bermula Rabu ini susulan serangan bersenjata dan bom di Paris.

"Kita bukan sahaja dalam keadaan bersiap sedia tetapi meningkatkan kawalan dengan menambah kekuatan daripada segi sumber tenaga terutama minggu depan Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 November ini akan dihadiri pemimpin rantau ini dan dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, barack Obama dan Perdana Menteri China, Li Keqiang.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Parti Progresif Rakyat kepada myPPP, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, beberapa bilangan pegawai keselamatan juga ditambah bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak berkuasa Malaysia semantau rapi menerusi saluran risikan untuk memastikan keselamatan negara ini terjamin.

Beliau berkata, pihak polis juga tidak akan teragak-agak bertindak jika memperoleh maklumat adanya ancaman terhadap keselamatan negara.

Katanya, sebagai tuan rumah persidangan itu, keselamatan setiap pemimpin negara-negara Asean dan rakan dialog menjadi keutamaan.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata PDRM khususnya Bahagian Counter Terrorism kini lebih berhati-hati dan berwaspada terhadap apa jua aktiviti yang disyaki membabitkan keganasan.

"PDRM telah menggerakkan apa yang patut... beri sokongan kepada agensi keselamatan kita. 

"(Saya) minta tolong rakyat bekerjasama sampaikan maklumat (aktiviti keganasan) kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) jika ada," katanya.

Ahmad Zahid berkata mana-mana pihak yang didapati terbabit dengan aktiviti keganasan tertakluk di bawah undang-undang termasuk Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Sosma) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden keganasan di Paris dan kerajaan tidak berhasrat memanggil mereka pulang.

Ditanya adakah pihak Perancis meminta sebarang bantuan kepakaran daripada Malaysia mengenai insiden serangan keganasan itu, beliau berkata setakat ini belum ada permintaan.

Menurut laporan, lebih 100 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam siri serangan pada Jumaat malam melibatkan sebuah dewan konsert, restoran-restoran di pusat bandar dan berdekatan Stadium Stade de France.

Ahmad Zahid berkata Malaysia, yang dipilih sebagai Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi pada Oktober lepas, akan meningkatkan keupayaan untuk mengesan individu-individu terlibat dengan serangan keganasan jika ada yang berlindung di negara ini.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan