Polis Nafi Tak Sedia Makanan Kepada Pasukan Rela Orang Asli

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 7:53 PM

Sebahagian daripada anggota Rela berkerjasama dalam operasi mencari murid Orang Asli hilang di Pos Tohoi , Gua Musang bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Polis menafikan dakwaan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Orang Asli tidak dibekalkan makanan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata ia juga bukanlah punca pasukan itu tidak lagi menyertai operasi bersama agensi keselamatan yang lain.

Beliau berkata kekuatan pasukan SAR sebaliknya dikecilkan dengan hanya membabitkan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung.

"Kita menafikan tidak menyediakan makanan kepada anggota RELA Orang Asli itu...kita sediakan makanan kepada semua petugas," katanya ketika ditemui di sini, Ahad.

Katanya tidak timbul isu berkaitan makanan kerana ia disediakan pada setiap masa sepanjang operasi yang berlangsung lebih dua bulan.

Operasi diteruskan bagi mencari mangsa, Sasa Sobrie, 8. 

Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli SK Tohoi bertindak melarikan diri bagi mengelak dikenakan hukuman kerana mandi di sungai.

Selepas hampir 50 hari hilang dalam hutan, empat daripada mereka iaitu Ika Ayel, 9; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina David, 7; ditemui mati.

Manakala dua lagi kanak-kanak iaitu Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaacob, 10, ditemui selamat dalam keadaan kelaparan serta mengalami dehidrasi.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan