Dakwaan Telur Palsu Jadi Viral

Diterbitkan: Ahad, 15 November 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Selepas menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat negara ini pada September tahun lalu, sekali lagi klip video berkaitan telur palsu tersebar di media sosial.

Rakaman pada 28 Oktober di mana seorang lelaki meneliti sandwic yang dibeli anaknya di sebuah sekolah di Kuala Lumpur disiarkan menerusi Facebook dan YouTube awal bulan ini.

Tekstur pada bahagian kuning telur itu umpama plastik, manakala telur separuh masak pula seperti getah dan elastik.

Klip video itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mencucuk telur itu yang kelihatan dapat melantun umpama bola pada meja.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd Roslan Mahyudin berkata, dakwaan itu akan disiasat walaupun maklumat menerusi laman media sosial itu tidak lengkap.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat perlu tampil dan maklumkan kepada kami dimana membeli telur itu. Lebih baik lagi jika dapat berikan bukti. Kami mempunyai pejabat di seluruh negara," katanya.

Contoh berkenaan katanya, akan dihantar untuk dianalisa makmal Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Menerusi video tahun lalu, seorang wanita yang merebus telur yang dibeli dari pasaraya di Lembah Klang mendapati tekstur kuning telur umpama getah.

Tags / Kata Kunci: telur palsu , Mohd Roslan Mahyudin

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan