Ada Usaha Rekrut Pensyarah Sebagai Anggota IS - Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 9:30 PM

Dr Mahmud Ahmad (dua, kiri).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Terdapat usaha pihak IS untuk merekrut pensyarah di negara ini menjadi anggota kumpulan militan itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata kumpulan militan itu kini menjadikan negara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai pusat merekrut pensyarah yang mahir dalam persenjataan dan letupan.

"Mereka (IS) beranggapan yang pergerakan mereka kurang dikesan jika menggunakan pensyarah dari dua negara ini namun, agensi keselamatan negara seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya mengekang aktiviti mereka ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar tempatan pada Sabtu yang menyatakan adanya rancangan pembentukan satu kumpulan militan IS Asia Tenggara yang diketuai oleh bekas pensyarah Malaysia Dr Mahmud Ahmad. 

Nur Jazlan berkata rancangan pembentukan satu kumpulan IS Asia Tenggara dilihat sebagai satu ancaman besar buat negara.

Justeru itu, katanya perkara berkenaan tidak boleh dipandang ringan dan pihak berwajib seperti PDRM perlu memantau pergerakan kumpulan militan yang ingin dibentuk itu. 

"Idealogi (kumpulan) mereka ini telah dipengaruhi oleh kumpulan pengganas Timur Tengah yang lebih ekstrem dan kejam seperti IS. Ini juga merupakan satu ancaman buat negara di Asia Tenggara," katanya. 

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata pertukaran maklumat yang lebih kerapa ntara negara jiran amat perlu untuk memantau aktiviti kumpulan militan ini. 

"Untuk menangani kumpulan ini, perlu pemantauan di internet memandangkan ini merupakan medium utama komunikasi mereka untuk memberi arahan. 

"Selain itu, peralatan yang sesuai juga perlu ada untuk menangani kumpulan ini memandangkan pengganas ini membuat serangan dalam kumpulan kecil dan sukar dikesan," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, Mahmud yang juga anggota militan IS akan membentuk kumpulan militan IS lebih besar di Asia Tenggara.

Mahmud kini dilaporkan bersembunyi di selatan Filipina dan merancang melakukan serangan di beberapa negara termasuk Malaysia.

Tags / Kata Kunci: IS , Datuk Nur Jazlan Mohamed

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan