Pagar Sempadan Malaysia-Thailand Akan Kekal - Shahidan Kassim

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pagar sempadan Malaysia-Thailand sedia ada akan dikekalkan dan perjanjian mengenainya perlu dilihat semula.

"Kalau nak runtuh yang sekarang rugi kerana kerajaan perlu mengambil kira spesifikasi dan kos yang terlibat...tapi kalau tambah buat pagar biasa di batu sempadan, itu yang terbaik. Jangan runtuh pagar yang ada, tapi kita boleh tambah satu lagi 'penanda' yang bukan pagar.

"Kalau nak relocate boleh, tapi kena tengok perjanjian sebab ada kawasan kita masuk Thailand dan ada kawasan Thailand masuk Malaysia. Jika ada perjanjian dan telah buat pagar, tak payah ganggu. Kalau nak buat pagar pun, mungkin pagar yang kedua atau letak batu sempadan.

"Tak semestinya bila ada pagar itu, selamat. Kita akan tengok semula perjanjian yang ada sekarang adakah perjanjian itu memungkinkan bahagian kita (Malaysia) masuk ke Thailand dan sebaliknya," katanya.

Shahidan berkata beliau telah mengusulkan perkara ini kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan telah diambil tindakan melalui tender terhad.

Sehubungan itu kata beliau Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melihat perjanjian yang ada dan membuat keputusan.

"Paling penting adalah kawalan keselamatan sempadan. Saya lebih suka kawalan anggota kerana bila guna kawalan manusia, orang akan takut. Cadangan kerajaan menubuhkan Agensi Kawalan Sempadan (AKS) yang dipengerusikan oleh TPM itu yang terbaik. 

"AKS ini melibatkan semua agensi yang digembleng tenaga, termasuk beberapa agensi yang tidak lagi berfungsi...penguatkuasa agensi tersebut akan dipindahkan ke AKS, yang itu TPM akan beritahu nanti," Shahidan.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Walk About Bersama Pelanggan Pasar Tani Perlis Sempena Ulangtahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ke-50 di tapak Pasar Tani Mega Taman Sena Indah di Kangar pada Sabtu.

Katanya, FAMA mampu menolong peniaga kecil meningkatkan pendapatan dan menggalakkan petani mengusahakan tanaman ulam-ulaman dan sayuran menerusi pembentukan Pusat Pengumpulan Ladang (PPL).

"Saya juga menyarankan agar FAMA dapat menonjolkan pendekatan baharu pasar tani dengan memasarkan sayur-sayuran yang akan dijual terus dari tempat di mana sumbernya diambil, barulah pembeli akan lebih yakin untuk membeli," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan