PBS Syor Laporan IGC Disemak Semula

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 6:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesyorkan agar disemak semula Laporan Inter-Governmental Committee (IGC) yang menjadi asas bagi Perjanjian Malaysia bagi menangani segala keraguan yang wujud dalam kalangan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata semakan semula itu amat penting bagi (mendapatkan) penyelesaian terbaik menangani ketidakpuasan hati atau rungutan mengenai hak dan perlindungan tertentu bagi Sabah dan Sarawak' yang belum dipenuhi dengan memuaskan'. 

Pairin berkata sudah tibanya masa semakan semula itu dibuat memandangkan Laporan IGC memperuntukkan agar implementasinya dikaji semula setiap 10 tahun; dan semakan pertama dan paling akhir dibuat pada 1973. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Sabtu.

Pairin berkata dalam ucapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau telah mencadangkan agar kerajaan British dilibatkan dalam semakan semula itu, sebagai pihak ketiga yang bebas, bagi meneliti jika ada penyelewengan dalam hak-hak perlindungan dijanjikan.

"Kita berharap ini akan menyelesaikan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, yang saya yakin hanya mahu yang terbaik untuk semua dan rata-rata mahu Malaysia dikekalkan," katanya. 

Dalam pada itu, Pairin berkata forum secara ad hoc mengenai perkara Sabah dan Sarawak dalam Malaysia yang dianjurkan NGO atau pembangkang juga tidak boleh dibiarkan kerana ada sesetengahnya mempunyai kecenderungan pemisahan.

"Adalah mustahak maklumat yang betul disalurkan kepada rakyat agar mereka tidak dimanipulasi oleh individu tidak bertanggungjawab," katanya.

Bagaimanapun, Pairin berkata PBS akan terus berpegang kepada pendirian bahawa Malaysia adalah satu keluarga yang kekal dan tidak boleh dipisahkan, dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai anggotanya.

Tags / Kata Kunci: PBS , IGC , Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan