Remaja Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 6:10 PM

Jalan pintas yang meragut nyawa remaja berusia 16 tahun pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

NILAI: Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik berhampiran gelanggang bola keranjang di Taman Desa Melati 2 di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata  kejadian kira-kira 7 malam itu berlaku ketika Iman Danish Mohd Sazali, 16, dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bermain bola keranjang di gelanggang itu.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melalui jalan pintas di satu kawasan berhampiran substesen Tenaga Nasional Berhad (TNB), menyebabkan mangsa menjerit lalu rebah," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Iman Danish, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital swasta di sini.

Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat dan siasatan sedang dijalankan di tempat kejadian, kata Zaldino. -

Sementara itu, bapa mangsa Mohd Sazali Saad, 49, berkata Iman Danish bersama-sama kakaknya, Nazreen Fitri, 17, dalam perjalanan ke rumah selepas ke padang permainan berhampiran untuk beriadah. 

Katanya beliau berada di rumah ketika itu dan diberitahu mengenai kejadian itu oleh isterinya Azlinda Abu Bakar, 48, yang mengambil adik mangsa di sekolah selepas mendapat panggilan daripada Nazreen Fitri.

"Nazreen Fitri melihat kejadian yang menimpa adiknya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Jalan pintas itu sering digunakan penduduk taman ini.

"Jeritan adiknya didengari beberapa jiran yang berada berhampiran, malah dua lelaki yang berusaha memberi bantuan terpaksa menggunakan kayu untuk menarik badan arwah," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Menurutnya Iman Danish pada mulanya dikejarkan ke Nilai Medical Centre dan doktor berusaha menyelamatkanya selama hampir 45 minit sebelum mengesahkan kematiannya kemudian.

Iman Danish merupakan anak keempat daripada lapan beradik.

Tags / Kata Kunci: Renjatan elektrik , remaja maut

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan