Serangan Di Paris: Rakyat Malaysia Lari Kerana Takut

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Ketika kejadian berlaku saya berada dalam tren untuk pulang ke rumah dan tren yang saya naiki itu tiba-tiba berhenti dan kedengaran pengumuman yang menyatakan telah berlaku sesuatu di stesen seterusnya," kata seorang rakyat Malaysia di Paris.

Menceritakan pengalamannya mengenai kejadian serangan di Paris semalam, Mohd Farid Razali, 28, berkata suasana di dalam kereta api kemudiannya menjadi cemas dengan orang ramai mula berlari untuk keluar dari situ.

Beliau berkata beliau berada kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian iaitu Gare Stade de France-Saint denis atau stesen keretapi berhampiran Stadium Stade de France pada kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan.

"Saya boleh lihat ada yang menangis, ada yang menelefon keluarga dan sebagainya malah saya sendiri turut berlari keluar dari keretapi kerana takut jika terdapat serangan," katanya.

Mohd Farid berkata beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya di Aulnay-sous-Bois dengan menaiki bas dan melihat pihak polis sudah mengadakan kawalan di merata tempat.

Mohd Farid berkata beliau kini selamat berlindung di dalam rumahnya dan berdasarkan status Facebooknya didapati kebanyakan kenalannya rakyat Malaysia juga selamat.

"Saya sudah maklumkan kepada keluarga saya di Malaysia dan pihak kedutaan tentang keadaan saya dan kami rakyat Malaysia sentiasa kemas kini perkembangan terkini dengan mereka," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai jurutera projek di Paris berkata pihak kedutaan juga telah memberikan nombor telefon kecemasan yang boleh dihubungi rakyat Malaysia melalui Facebook.

Mohd Farid berkata setakat ini mereka hanya menerima arahan untuk berada di dalam kediaman masing-masing dan perlu memberi bantuan kepada mereka yang terkandas di dalam tren atau bas. 

Tags / Kata Kunci: Paris , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan