140 Pelajar Taylor's University Selamat Di Paris

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 140 pelajar dan empat pensyarah Taylor's University yang sedang membuat lawatan sambil belajar di Paris dilapor selamat daripada kejadian serangan di sana.

Menurut pegawai universiti berkenaan, mereka dijadual pulang ke Kuala Lumpur esok.

"Kakitangan kami yang mengiringi para pelajar itu berada bersama mereka dan memberi bantuan yang diperlukan.

"Para pelajar tersebut adalah selamat dan akan pulang esok," katanya ketika dihubungi.

Mereka kebanyakannya merupakan pelajar jurusan pelancongan dan hospitaliti.

Tags / Kata Kunci: Taylor's University

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan