Kabinet Arah Kajian Holistik Mengenai Penjualan Vape

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin berkata kabinet telah membuat keputusan supaya kajian mendalam dan holistik dibuat terhadap penjualan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape di pasaran.

Menurut beliau kerajaan mahu supaya ada prosedur dan kriteria ditetapkan jika mahu membenarkan vape dijual di pasaran.

Katanya, peranti rokok elektronik itu mesti menepati standard yang boleh diguna pakai di peringkat antarabangsa.

"Cecair vape mesti menepati kandungan paras nikotin yang diluluskan oleh Kementeran Kesihatan sepertimana paras kandungan nikotik yang dibenarkan dalam rokok biasa," jelas beliau.

Selain itu, kata Hamzah peraturan juga perlu diwujudkan bagi menentukan pihak yang boleh mengeluarkan bahan berkenaan dan peniaga yang boleh menjual dan menggunakannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) SSM Sarawak, di sini pada Sabtu.

“Kita tidak mahu sewenang-wenangnya ada bahan nikotin yang boleh disalahgunakan dan undang-undang yang hendak dilaksanakan berkaitan pengeluaran dan penjualan bahan itu demi untuk kesihatan rakyat,” katanya.

Menurut beliau sebelum ini terdapat pihak yang mengatakan vape boleh menyebabkan penyakit serius sementara pihak lain mengatakan ia boleh mengurang tabiat menghisap rokok.

Oleh sebab itu, katanya maka kajian yang mendalam harus dilakukan dan selepas kajian berkenaan dibuat barulah kerajaan akan menentukan sama ada pengeluaran dan penjualannya akan dibenarkan.

“Jika pengeluaran dan penjualannya dibenarkan maka pihak yang mengeluar dan menjualkannya perlu mendaftarkan perniagaan mereka dan membayar cukai yang ditetapkan,” tambahnya.

Tags / Kata Kunci: kajian holistik , vape

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan