Bekas Pensyarah Berlatih Dengan Al-Qaeda Semasa Belajar Di Pakistan

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 9:28 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota militan paling dikehendaki, Dr Mahmud Ahmad terlibat dalam kegiatan militan sejak 1990.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pada usia 36 tahun, bekas pensyarah Universiti Malaysia itu merupakan anggota militan veteran yang mendapat latihan dengan al-Qaeda di Afghanistan pada lewat 1990 ketika melanjutkan pengajian di Pakistan.

"Sebaik sahaja dia menjadi pensyarah universiti, dia melatih dan menghantar empat rakyat Malaysia ke Syria.

"Sebelum menyertai UM, dia menggunakan kedudukannya sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta untuk menarik pelajar menyertai kumpulan militan," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Menurut Ayob, pada Januari tahun lalu, Dr Mahmud berjaya mengatur pertemuan antara pemimpin militan di rantau ini untuk membentuk Daulah Islamiyah Asia Tenggara.

"Dia kemudiannya mengadakan pertemuan dengan pemimpin al-Qaeda di sebuah rumah di Shah Alam pada April 2014," katanya.

Sumber memberitahu Dr Mahmud bertanggungjawab menerapkan ideologi pelampau dan meyakinkan Ahmad Tarmimi Maliki untuk menjadi pengebom berani mati Malaysia yang pertama.

"Serangan bom yang dilancarkan Ahmad Tarmimi mengorbankan kira-kira 25 pasukan petugas khas di Iraq pada tahun lalu," kata sumber.

Dr Mahmud bersama dengan sekutunya, pemilik kedai runcit, Mohd Najib Husen dan bekas kakitangan Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39m melarikan diri ke selatan Filipina pada 22 April tahun lalu.

Difahamkan ketiga-tiga individu itu juga bertanggungjawab membawa masuk tiga pejuang Gerakan Islam Timur Turkmenistan ke selatan Filipina.

Sumber lain mendedahkan bahawa Mohd Najib boleh disifatkan sebagai orang kanan, Dr Mahmud dan orang kepercayaan terdekat.

“Mohd Najib juga memainkan peranan penting dalam mengatur pelbagai mesyuarat dengan kumpulan militan lain atas arahan Dr Mahmud," kata sumber itu.

Sumber berkata pemilik kedai runcit itu berpengalaman luas dalam kegiatan militan dan menghubungkan Dr Mahmud dengan rangkaian kumpulan militan lain termasuk dari Indonesia.




Tags / Kata Kunci: Dr Mahmud Ahmad , militan IS , Al-Qaeda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan