Permohonan Wakil Rakyat Bebas Sertai BN Wajar Ditolak

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Permohonan wakil rakyat Bebas untuk menjadi anggota mana-mana parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar ditolak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya, beliau bersetuju dengan cadangan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar wakil rakyat tersebut diterima menjadi rakan kepada BN.

"Saya faham kenapa Tan Sri Pairin meminta supaya calon-calon Bebas yang menentang calon BN secara rasmi tidak diterima oleh parti-parti komponen BN.

Saya tahu perasaan kita telah terguris dan (menyebabkan) luka yang mendalam.

"Saya akan bisikkan perkara (cadangan) ini kepada Pengerusi BN (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya jangan terima (permohonan keanggotaan wakil rakyat Bebas)," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 di sini.

Ahmad Zahid juga berkata perkara itu harus diusulkan pada mesyuarat BN dan UMNO akan datang dan menurutnya beliau akan menyokong usul itu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyuarakan keyakinan jumlah dan nisbah wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet persekutuan sekarang ini terus kekal.

Jelasnya, ini bagi memastikan semangat kebersamaan sentiasa wujud dalam pentadbiran negara.

"Di dalam sejarah kepimpinan di Malaysia ini, (jumlah) wakil Sabah dan Sarawak dalam Kabinet yang terbesar dalam sejarah politik ialah ketika di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya sebagai orang yang membantu Datuk Seri Najib komited agar komposisi yang sama, jika tak dapat dipertingkatkan pun, akan terus kekal," katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan parti komponen BN supaya sentiasa mengamalkan rundingan secara tertutup dan tidak menggunakan media sebagai platform untuk menyuarakan perbezaan pendapat.

Tags / Kata Kunci: BN , Sabah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan