Umno Tidak Akan Jemput Dr Mahathir Ke Forum Terbuka - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Sabtu, 14 November 2015 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno tidak akan menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi untuk menghadiri majlis-majlis penerangan tentang isu semasa yang dianjurkan secara terbuka.

Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu telah belajar daripada kesilapan lalu dengan memberi contoh program Nothing2Hide yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana kehadiran Dr Mahathir.

"Ia akan jadi lain kalau tokoh-tokoh tertentu berada di tempat seperti ini. Ini bukan seperti forum Nothing2Hide, kalau buat macam tu di tempat (terbuka) seperti ini, takkan menjadi (majlis).

"Kami telah belajar daripada kesilapan lalu yang telah berlaku," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Perdana 1MDB, TPPA, Bajet 2016 di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai cadangan beberapa peserta supaya tokoh dan pemimpin yang banyak mengkritik kerajaan terutama dalam isu 1MDB dijemput untuk mendengar penerangan daripada individu-individu bertanggungjawab seperti Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy,Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (TPPA) dan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Bajet 2016).

Ahmad Maslan berkata sebagai negarawan yang dihormati Dr Mahathir tahu tentang cara untuk mendapat penjelasan atau maklumat tentang sesuatu isu yang diperlukan.

"Beliau adalah negarawan yang kita hormati walau banyak mengkritik.

"Biarlah beliau uruskan sendiri jika beliau inginkan apa-apa maklumat. Mungkin boleh panggil Arul Kanda sendiri atau Arul Kanda boleh tawar untuk bertemu dengan Tun M.

"Saya rasa pertemuan rasmi atau peribadi dalam kelompok kecil tak jadi masalah , itu terpulang kepada 1MDB atau Arul Kanda untuk putuskan," katanya.

Mengenai program pada hari ini beliau berkata sambutan yang diterima adalh di luar jangkaan dan menyifatkannya sebagai berjaya.

Beliau menganggarkan ia dihadiri lebih kurang 2,500 peserta dan berhasrat untuk meneruskannya di peringkat negeri.

"Bukan senang nak bawa mereka bertiga serentak, masing-masing ada tugas dalam dan luar negara.

"Agak sukar untuk bawa mereka ke negeri-negeri tapi kita akan cuba dalam kaedah berlainan," katanya.

Katanya, pada 28 November ini akan dianjurkan forum yang hampir sama bertajuk Kaedah Menangani Kos Sara Hidup Rakyat di mana tajuk itu disifatkan lebih dekat dengan masyarakat.

Tags / Kata Kunci: Umno , Dr Mahathir

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan