Wanita Perjuang Isu Alam Sekitar Masih Kurang - Shariffa Sabrina

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peranan wanita dalam memelihara alam sekitar di Malaysia masih kurang berbanding di negara luar kata Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

Beliau berkata, jika diteliti situasi di negara lain, penglibatan wanita dalam menjaga khazanah alam masih jauh ketinggalan.

"Walaupun sifat wanita itu sendiri lebih menjurus kepada usaha melindungi alam sekitar, tetapi apa yang dilihat sekarang  masih belum ramai wanita yang mahu bersama memelihara dan menjaganya," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.

Jelasnya lagi, peranan wanita yang memperjuangkan khazanah alam ini penting bagi mengekalkan sumber alam semulajadi terus terpelihara untuk tempoh lama.

"Kalau kita tidak menjaga alam sekitar, apa yang akan berlaku nanti jika kita tidak ada sumber air misalnya kerana ia dapat memberi manfaat kepada semua pada masa depan," katanya.

Pemilik pusat eco-pelancongan Tanah Aina ini ditemui pada majlis Wanita Inspirasiku 2015 di mana beliau adalah antara 11 penerima anugerah sempena program berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM), Tan Sri Zaleha Ismail pula berkata anugerah yang disampaikan itu sebagai pengiktirafan kepada wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.

"Kini wanita semakin berani untuk menceburi pelbagai bidang yang dimonopoli lelaki. Ini adalah satu kejayaan kepada wanita," jelasnya yang turut dilantik sebagai duta Shaklee Cares oleh Shaklee Malaysia.





iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan