Pertubuhan Wartawan Gesa Sekatan Liputan Parlimen Ditarik Balik

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:55 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan wartawan mengecam tindakan mengehadkan bilangan wartawan yang dibenarkan membuat liputan prosiding Parlimen.

Dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat, enam pertubuhan wartawan telah menggesa supaya Datuk Seri Azalina Othman Said yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menarik balik kenyataan itu.

Pertubuhan itu ialah; Gerakan Media Marah (Geramm), Institut Wartawan Malaysia (IoJ), Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ), Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) dan Persatuan Jurufoto Akhbar Malasia (MPPA). 

"Keputusan itu dibuat kononnya kerana masalah kekangan ruangan kerja yang amat kritikal sepanjang kerja-kerja menaik taraf kompleks Parlimen yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018.

"Keputusan itu bagaimanapun boleh ditafsir sebagai satu usaha untuk mengehadkan liputan prosiding Parlimen dan menyekat kebebasan media," menurut kenyataan itu.

Mereka menambah arahan itu boleh menimbulkan spekulasi bahawa Parlimen tidak memudahkan akses yang adil dan bebas kepada semua media, yang menjadi asas utama dalam proses demokrasi.

Jabatan Komunikasi Korporat Parlimen pada Khamis memaklumkan arahan mengehadkan tiga petugas media sahaja dibenarkan mengikuti prosiding Dewan Rakyat akan berkuatkuasa Isnin depan, berikutan kerja-kerja menaiktaraf kompleks Parlimen yang dijangka siap pada 2018.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan