Penghadang Konkrit 300 Meter Dipasang Di Kawasan Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 5:30 PM

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor (kanan) ketika meninjau lokasi tanah runtuh dan banjir lumpur di Kilometer 52.4, Lentang Bukit Tinggi, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Anih Berhad akan membina penghadang konkrit sepanjang 300 meter di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata penghadang konkrit itu akan dipasang selewat-lewatnya petang ini.

"Penghadang konkrit akan dipasang di kawasan terjejas sebagai langkah berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya yang melalui lebuh raya itu dari Kuantan ke Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak terjejas Jumaat.

Katanya penghadang berkenaan juga akan bertindak sebagai tembok pertahanan bagi menghalang serpihan seperti batu dan balak yang jatuh dari atas bukit memasuki lebuh raya.

"Bagaimanapun, sebelum pembinaan penghadang itu kita akan mengalihkan serpihan bongkah batu besar dan jika batu itu stabil kita akan kekalkannya di atas bukit.

"Apa yang penting hari ini kita bersihkan longkang di kawasan terjejas supaya air dapat mengalir secara normal dan mempercepat proses pembersihan jalan," katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Ia juga menyebabkan 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang terpaksa dipindahkan ke Masjid Lentang.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan