PAS-DAP Tak Bincang Mengenai Kerusi Di Selangor - Iskandar Samad

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 10:33 PM

Datuk Iskandar Abdul Samad

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan DAP berhubung hasrat DAP ingin bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik PAS negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata pihaknya juga tidak bercadang untuk bertemu dengan DAP mengenai perkara itu.

"Kita tidak ada jumpa DAP dan begitu juga DAP tidak ada jumpa kita, malah kita pun tidak ada bincang apa-apa mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang berkata parti itu mungkin bertanding di lapan kerusi PAS dalam PRU akan datang.

Lapan kerusi DUN yang dimaksudkan ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Bagaimanapun, Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata perkara itu akan diputuskan setelah perbincangan dibuat bersama Pakatan Harapan Selangor yang melibatkan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan