KDNK Malaysia Tumbuh Sederhana 4.7 Peratus Pada Suku Ketiga 2015

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia tumbuh sederhana sebanyak 4.7 peratus pada suku ketiga 2015 berbanding  4.9 peratus pda suku kedua, dipacu oleh permintaan sektor swasta.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, negara ini juga menyaksikan pertumbuhan sederhana dengan momentum pertumbuhan ekonomi yang mencapah.

"Ekonomi global berkembang pada kadar sederhana pada suku ketiga 2015. Di  Asia, pertumbuhan disokong perkembangan berterusan permintaan domestik ketika prestasi eksport lemah," tambahnya.

Zeti berkata demikian pada takliamt media mengenai prestasi KDNK suku ketiga di sini pada Jumaat.

Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan stabil sekitar 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini dan 4.0 hingga 5.0 peratus pada 2016.

Menurut Zeti, permintaan domestik akan terus menjadi pemacu pertumbuhan, di sokong terutama aktiviti sektor swasta.

"Selain itu, kadar pertukaran yang fleksibel, pasaran kewangan yang lebih matang serta institusi kewangan yang mantap akan menyokong trend ini.

"Ia memastikan kejutan seperti aliran modal yang turun naik disalurkan dengan baik, dengan itu meminimumkan limpahan kepada ekonomi sebenar," kata Zeti.

Pada suku ketiga, penggunaan swasta berkembang pada kadar lebih sederhana 4.1 peratus berbanding 6.4 peratus pada suku kedua, ketika isi rumah terus menyesuaikan diri dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan.

Sementara itu, inflasi dijangka terus tumbuh kepada kira-kira 4.0 hingga 5.0 peratus dan dijangka memuncak pada suku pertama 2016 dan menyerhana selepas itu.

Untuk suku ketiga, inflasi berada pada 3.0 peratus. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KDNK , Malaysia , Dr Zeti Akhtar Aziz

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan