Tanah Runtuh: Dua Beranak Tahan Lapar

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 9:11 AM

Naimran (kiri) bersama bapanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua beranak terpaksa menahan lapar apabila kenderaan mereka antara yang terperangkap dalam insiden tanah runtuh di Lebuhraya Karak pada malam Rabu lalu.

"Sekarang saya sangat lapar," kata Naimran, 37, seorang pengeluar kad perkahwinan pada malam Rabu.

Naimran dan bapanya, Ibrahim Mohd Yunos, 62, dalam perjalanan ke Kuantan dari Seremban untuk meninjau cawangan terbaharu kedai mereka, kadlawo.com yang dibuka di sana.

Perjalanan dalam keadaan hujan itu ternyata amat lama.

Naimran sedang memandu kereta Mini Cooper miliknya apabila terlihat sebuah lori tangki minyak di depannya tiba-tiba terbabas ke kiri jalan pada pukul 7 malam.

"Kami fikir berlaku kemalangan kerana jalan yang agak licin," katanya.

Dia memberhentikan kenderaannya begitu juga pemandu lain sebelum kedengaran hon dibunyikan.

"Apabila kami berhenti, kami menyedari limpahan lumpur mengalir dari atas bukit di sebelah kanan.

"Aliran lumpur menolak lori tangki itu ke hujung jalan dan ia mula datang ke arah kereta kami.

"Saya panik dan keliru sama ada saya patut meninggalkan kereta saya atau mengundurkannya. Saya cuba mengundurkan kereta saya tetapi terlalu banyak kereta dibelakang," katanya.

Bapa saya kemudiannya menjerit: "Tinggal! Tinggal! Tinggal! Lari! Lari! Lari!” 

Apabila mereka membuka pintu kereta, katanya limpahan lumpur setinggi kira-kira sekaki.

Mujurlah, sebuah lori tentera yang berhampiran dan beberapa anggotanya membantu mangsa yang terperangkap dalam insiden itu.

Naimran berkata dia dan bapanya berjaya keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

"Kami menggunakan laluan lain menuju ke Genting Sempah untuk mendapatkan sedikit makanan kira-kira pukul 3 pagi," katanya.

Selepas menahan lapar, dua beranak itu akhirnya dapat menikmati mi sup dan kopi panas.

Mereka kemudiannya tidur di sebuah surau di sana.

Sebuah trak tunda datang kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis untuk menunda kereta Mini Cooper miliknya ke Kuantan.

Dia menganggarkan bahawa kos kerosakan kenderaannya bernilai kira-kira RM5,000.

Mereka tiba di rumah pada pukul 2.30 petang Khamis.

Naimran berkata dia tertinggal telefon bimbit dan dompetnya di dalam kereta tetapi berjaya mengambil barang peribadinya itu dengan selamat apabila keadaan kembali stabil.


Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , Lebuhraya Karak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan