Calon Pengganti Perlu Dikenal Pasti Akhir Januari 2016 - Zeti

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 1:43 PM

Dr Zeti Akhtar Aziz.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata calon penggantinya perlu dikenal pasti pada akhir Januari tahun depan, tiga bulan sebelum beliau dijadualkan bersara pada April 2016.

Bagi tujuan itu, Zeti menggalakkan jawatankuasa pentadbiran bank pusat itu untuk mengadakan dan menyelesaikan proses pencarian sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum beliau bersara.

Pada Ogos tahun ini, Zeti memberi bayangan bahawa beliau tidak akan kekal sehingga tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada April tahun depan.

"Saya pasti akan kekal dalam pejabat saya hingga tempoh akhir perkhidmatan - tempoh lima tahun dan ia berakhir tahun depan.

"Secara keseluruhannya, saya berkhidmat selama 35 tahun di Bank Negara. Oleh itu, saya akan melakukan sebahagian besar apa yang saya ingin lalukan," kata Zeti dalam sidang akhbar selama dua jam pada Jumaat.


Tags / Kata Kunci: gabenor , BNM , Dr Zeti Akhtar Aziz

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan