1MDB RE Beri Amaran Surat Tawaran Palsu Bangunkan Bandar Malaysia, TRX

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Surat Khidmat Runding Jatipadu untuk tawaran pelantikan sebagai pemaju bersama atau perunding bagi projek Tun Razak Exchange (TRX) adalah palsu, menurut 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE).

Pemaju utama projek itu, 1MDB RE berkata Khidmat Runding Jatipadu tidak diberi kuasa oleh 1Malaysia Development Bhd atau kerajaan untuk bertindak sebagai pengurus projek bagi pembangunan Bandar Malaysia dan TRX.

Dalam kenyataan pada Jumaat, 1MDB RE berkata kedua-dua projek pembangunan strategik negara itu hanya diuruskan oleh syarikatnya.

"Pembangunan TRX pada masa ini tidak mencari pemaju bersama atau perunding.

Surat tawaran tersebut adalah palsu. Kami menggesa syarikat memeriksa mana-mana notis sedemikian dengan maklumat yang ada di www.1mdb.com.my atau www.bandarmalaysia.my," katanya.

Menurut syarikat, ia hanya membenarkan CH Williams Talhar dan Wong mendekati pihak ketiga untuk cadangan, berkaitan dengan Bandar Malaysia. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: 1MDB RE , TRX , Bandar Malaysia

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan