Tun M Bayangkan Akan Didakwa, Akan Terus Desak PM Berundur

Diterbitkan: Jumaat, 13 November 2015 8:42 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setelah disoal siasat, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata terdapat tanda-tanda beliau berkemungkinan didakwa.

Katanya, walaupun tidak menyatakan secara jelas, beliau percaya polis cuba menjadikan kenyataannya itu sebagai jenayah.

Dr Mahathir bagaimanapun berkata selepas memeriksa semula soalan yang dikemukakan oleh polis, beliau tidak dapat melihat bagaimana tindakan atau kenyataanya boleh dianggap melanggar undang-undang.

"Saya pergi ke perhimpunan yang tidak  dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu.

"Jika saya melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah," kata Dr Mahathir di blognya, Jumaat.

Dr Mahathir berkata sebagai rakyat Malaysia, beliau juga akan terus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.

"Pada pandangan saya dan saya mungkin salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau bercakap semua perkara yang telah saya buat. Jika saya berhenti, Najib akan bebas daripada pendedahan perkara salah yang telah atau akan dilakukan. Orang ramai mungkin lupa.


"Saya akan terus meminta Najib meletakkan jawatan, tak percayakan penjelasan beliau tentang bagaimana beliau mendapat RM2.6 bilion, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan haram yang disertainya, beliau berkata untuk berlaku adil undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang secara sama rata.

Katanya, jika undang-undang dikenakan ke atas dirinya seorang, ia adalah satu bentuk pemangsaan.

"Melainkan jika kerajaan tidak mahu menjadi adil, mereka boleh ambil tindakan terhadap saya seorang sahaja," katanya.


Polis pada 6 November lalu, polis menyoal siasat Dr Mahathir susulan kenyataannya yang menggesa Najib berundur dalam himpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan melalukan fitnah jenayah.

Beliau berkata dalam sebuah negara demokrasi, menjatuhkan perdana menteri atau kerajaan melalui protes jalanan adalah perkara biasa.

Katanya, beliau tidak membuat gesaan itu dengan menggalakkan keganasan.


"Mahkamah boleh memutuskan saya telah melakukan jenayah untuk apa yang saya buat atau kata.

"Tetapi selagi saya tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, saya akan terus percaya dan mengatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah atau tidak demokratik," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan