Yapeim Terbuka Untuk Disiasat Berhubung Dakwaan Salah Laku

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berkata ia sedia disiasat berhubung sebarang dakwaan salah laku melibatkan badan itu, sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya," kata Ketua Pengarah Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin.

"Yapeim sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak yang menyiasat sekiranya ada salah laku berkenaan pentadbiran, pengurusan dan operasinya," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Sebuah portal berita sebelum ini mendakwa berlaku penyalahgunaan dana yayasan itu oleh pihak tertentu. Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim menegaskan, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan dan operasi.

"Malah Yapeim dikawal selia oleh anggota Lembaga Pemegang Amanah dan Jawatankuasa Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasinya," katanya.

Menurutnya, Yapeim diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak awal penubuhannya.

Sejak ditubuhkan pada 13 Okt 1976, Yapeim memfokuskan kepada usaha melaksanakan kerja kebajikan melalui pendekatan membangunkan ekonomi Islam dengan melibatkan diri dalam sektor perniagaan.- Bernama

Tags / Kata Kunci: Yapeim , Datuk Abibullah Samsudin.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan