Dana RM2.6 Bilion: Najib Setuju Beri Keterangan Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 5:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung kes sumbangan dana politik berjumlah RM2.6 bilion.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memaklumkan bahawa beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes berkenaan.

"Saya akan berbuat demikian dan memberi kenyataan kepada SPRM dalam masa terdekat berhubung sumbangan dana politik tersebut.

"Saya akan memberi kerjasama dan keterangan kepada SPRM agar siasatan ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Katanya, sememangnya menjadi hasrat beliau untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan kes itu memandangkan ia telah menimbulkan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed di Johor Baru, hari ini berkata perdana menteri telah bersetuju untuk diambil keterangan mengenai dana politik itu, dan sedang menunggu tarikh untuk menemu bual perdana menteri.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Jabatan Perdana Menteri akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan berhubung dakwaan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada 3 Disember depan.

Azalina dilapor berkata, adalah lebih baik untuk mengumpul semua soalan mengenai perkara itu dan menjawabnya pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat kali ini.

Sama ada Najib atau menteri di JPM akan menjawab, ianya adalah prerogatif perdana menteri, katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Perdana Menteri , SPRM , Mohamed Apandi Ali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan