Pemetaan Sempadan Malaysia/Thailand Selesai Kecuali Di Bukit Jeli - Hamim Samuri - Berita Semasa | mStar

Pemetaan Sempadan Malaysia/Thailand Selesai Kecuali Di Bukit Jeli - Hamim Samuri

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 5:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri (dua, kiri) bertanyakan sesuatu mengenai pagar sempadan yang memisahkan Malaysia dan Thailand ketika meninjau Projek Penandaan dan Pengukuran Sempadan Malaysia-Thailand berhampiran pintu masuk ke Thailand melalui Padang Besar, Khamis.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Malaysia dan Thailand pada dasarnya telah mencapai persefahaman mengenai sempadan kedua-dua negara kecuali satu kawasan sepanjang 8.5 kilometer di Bukit Jeli, Tanah Merah, Kelantan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Hamim Samuri berkata satu perjanjian persefahaman (MoU) mengenai keputusan pemetaan sempadan yang dijalankan bersama oleh kedua-dua negara sejak 1973 telah ditandatangani.

"Keseluruhan sempadan 656.8 km panjang dari Perlis ke Kelantan telah selesai ditanda kecuali satu kawasan di Bukit Jeli berlaku pertikaian tuntutan menyebabkan perbincangan mengenai kawasan itu terpaksa ditangguhkan.

"Sekarang kita bakal memasuki fasa menandatangi perjanjian persetujuan (MoA). Apabila MoA ditandatangani bermakna garis pemisah sempadan sepanjang 648.3 km yang menjadi pertikaian dianggap selesai," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan pemetaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) di sini, Khamis.

Hamim memuji sikap pihak berkuasa Thailand kerana memberi kerjasama baik membolehkan pemetaan dan menanda batu sempadan berjaya diselesaikan walaupun mengambil masa lama selain menyifatkannya sebagai kejayaan Jupem.



Tags / Kata Kunci: Malaysia , Thailand , Hamim Samuri , Bukit Jeli
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan