Operasi Ketenteraan 'Ganggu' Rundingan Pembebasan Then

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 9:12 AM

Bernard Then Ted Fen

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Operasi ketenteraan yang berterusan di selatan kepulauan Jolo Filipina menjadikan tebusan Malaysia Bernard Then Ted Fen perlu melalui kehidupan lebih sukar.

Aktivis anti-penculikan yang berpangkalan di Jolo, Prof Octavio Dinampo berkata kumpulan Abu Sayyaf yang menahan tebusan berusia 39 tahun itu sentiasa memindahkannya ke sana-sini, dari tempat persembunyiannya di hutan pergunungan di pulau itu.

"Mereka cuba mengelak daripada tentera dan pemimpin mereka telah mengarahkan kumpulan lelaki bersenjata supaya mengelak daripada sebarang penglibatan dengan tentera," katanya.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan kemungkinan berlakunya kemalangan, katanya, sambil menambah daripada apa yang didengarinya, Then masih dalam keadaan selamat.

"Dia sangat penat dan lemah akibat sering bergerak di kawasan pergunungan," tambah Dinampo.

Beliau berkata Then sepatutnya telah dibebaskan bersama-sama dengan seorang lagi mangsa culik, Thien Nyuk Fun, 50, pada hari Ahad.

Walau bagaimanapun, rundingan pembebasan mereka terhalang apabila komander Abu Sayyaf, Abu Hambri, tiba-tiba berkeras untuk mengenakan syarat tambahan.

Abu dikatakan adalah bapa saudara kepada  sub-komander Abu Sayyaf, Idang Susukan yang telah menahan Thien dan Then sebagai tawanan sejak penculikan mereka dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan pada 14 Mei lalu.

Dinampo berkata perunding masih cuba mendapatkan pembebasan Then berdasarkan syarat-syarat asal.

Thien pulang ke Sandakan pada Isnin selepas menaiki bot selama enam jam dari Jolo.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mereka kini menumpukan usaha mereka kepada mendapatkan pembebasan Then.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan