Pengalaman Dorong Thirdforce Kumpul Kit Bantuan Banjir Lebih Awal

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 8:00 AM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelbagai kategori kit bantuan banjir mulai dikumpul lebih awal bagi memastikan operasi sepanjang musim tengkujuh yang dijangka melanda negara ini berjalan lancar.

Kit bantuan banjir itu meliputi kit penjagaan kebersihan dewasa, kit penjagaan kebersihan kanak-kanak, kit penjagaan bayi, kit penginapan untuk keluarga, kit pertolongan cemas, kit makanan dan kit lilin.

Proses pengumpulan barangan keperluan termasuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian itu dikendalikan badan bukan kerajaan (NGO), Thirdforce.

Pengerusi Thirdforce, Raja Shamri Raja Husin berkata, pihaknya memulakan operasi mengumpul kit bantuan banjir itu sejak dua hari lalu.

"Selepas banjir besar yang berlaku tahun lepas, kami mengambil inisiatif untuk mulakan operasi mengumpul kit bantuan banjir ini lebih awal supaya ia dapat diagihkan  kepada mangsa dengan lebih cepat.

"Bantuan ini dapat membantu mangsa banjir yang menghadapi kesukaran dan kekurangan bekalan makanan atau kelengkapan harian pada masa banjir nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Jelas Raja Shamri, kategori kit bantuan banjir yang pelbagai itu bagi menyenangkan proses pengagihan mengikut jenis bantuan yang diperlukan mangsa banjir.

"Kami juga turut menyediakan kit bantuan kecemasan kepada petugas-petugas seperti bekalan ubat-ubatan untuk membolehkan mereka merawat mangsa banjir," ujarnya.

Katanya, pusat pengagihan banjir Thirdforce yang beroperasi di Pasir Puteh, Kelantan ini menganggarkan akan menerima lebih banyak bantuan orang ramai dalam persediaan menghadapi banjir kali ini.

"Kami juga ada bilik gerakan bagi mengumpulkan bantuan ini di Gombak, Selangor, selain di Terengganu dan Pahang yang akan turut menguruskan pengagihan bantuan banjir ini," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan