Penghuni Kuarters Jabatan Hutan Dipindahkan Sementara Ke Unit Kosong

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUANTAN: Semua penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang ditempatkan di sebuah masjid di Lentang akibat banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam akan ditempatkan di unit-unit kosong di kuarters itu dalam masa terdekat.

Penolong Pegawai Perolehan Bahan Tanaman Hutan Lentang Saiful Azmi Mat Aazid berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) kini sedang giat membersihkan unit kosong berkenaan bagi memastikan penghuni dapat tinggal dalam keadaan selesa dan selamat.

"Semua unit yang kosong berkenaan cukup untuk kita tempatkan 14 keluarga yang terjejas akibat banjir lumpur semalam.

"Kita tak dapat menjangkakan berapa lama lagi mereka boleh pulang ke rumah masing-masing tetapi buat sementara waktu mereka akan tinggal di unit berkenaan selepas bekalan air dan api disambungkan ke unit berkenaan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.

Saiful Azmi berkata, keadaan penghuni kuarters berkenaan yang kini ditempatkan buat sementara waktu di Masjid Lentang adalah baik dan tahap kesihatan mereka termasuk ibu yang berpantang kini dipantau oleh doktor dari Kementerian Kesihatan.

"Doktor telah buat pemeriksaan terhadap ibu dan bayi berkenaan dan keadaan kedua-dua mereka Alhamdulillah sihat.

"Bekalan makanan dan minuman untuk para penghuni juga mencukupi buat masa kini dan kita menerima bantuan dari pihak Pemuda Umno Bentong dan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Pihak Bomba juga kini katanya sedang giat membaiki kawasan dan menilai kerosakan unit-unit rumah kuarters berkenaan yang terjejas akibat banjir lumpur selepas hujan lebat luar biasa turun di kawasan itu semalam.

Semalam seramai 25 penghuni kuarters itu terpaksa dipindahkan buat sementara waktu ke Masjid Lentang ekoran kawasan kediaman mereka dilimpahi banjir lumpur selepas berlaku tanah runtuh di KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak malam Rabu.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan