Tanah Runtuh: Kerja Pembersihan Selesai Awal Pagi Tadi, Laluan Masih Ditutup

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 8:42 AM

Kerja-kerja pembersihan dilakukan di lokasi kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak selesai pada pukul 3.20 pagi Khamis.

Pemegang konsesi lebuhraya itu, Anih Berhad dalam kenyataannya bagaimanapun memaklumkan laluan kedua-dua hala masih ditutup kepada semua kenderaan sehingga dimaklumkan kelak atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menambah setakat ini, hanya kenderaan yang terkandas antara Selesa Hillhomes dan Plaza Tol Bentong yang dibenarkan melalui lebuh raya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Noor pagi ini mengesahkan jalan lama Gombak-Bentong juga tidak boleh dilalui kerana terdapat tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi.

"Pengguna jalan raya yang berhajat dari Gombak ke Bentong dinasihatkan berpatah balik dan tidak melalui jalan ini.

"Kerja pembersihan kini giat dijalankan dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Kejadian tanah runtuh berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang semalam menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui, namun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.
Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , lebuhraya Karak , Anih Berhad

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan