Jangan Cap Saya Rasis Kerana Bela Bumiputera - Ismail Sabri

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 6:29 PM

Ismail Sabri Yaakob menyampaikan Anugerah Naib Canselor kepada Dona Thumbelina Guni (kanan) pada majlis Konvokesyen ke-14 Kolej Universiti Agrosains Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menegaskan beliau akan terus membela nasib orang Melayu dan Bumiputera tanpa menindas kepentingan kaum lain.  

"Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang...kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan. 

"Jika pemimpin Cina mahu bercakap mengenai kaum tersebut, silakan, tiada masalah tetapi bila saya sebut tentang Melayu jangan anggap saya rasis," katanya mengulas kenyataan anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Lua Choon Hann pada Rabu yang menuduhnya menggunakan isu rokok elektronik atau vape sebagai isu perkauman. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan majlis konvokesyen Kolej Universiti Agrosains Malaysia kali ke-14 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.

Ismail Sabri berkata sebagai rakan komponen Barisan Nasional, MCA sepatutnya memahami tanggungjawab beliau sebagai pemimpin UMNO dalam membantu kaum Melayu kerana begitu juga dilakukan oleh parti komponen lain untuk kaum masing-masing. 

Katanya UMNO tidak ada masalah jika MCA cuba berbuat sesuatu untuk kaum Cina malah adakalanya sedia bekerjasama untuk tujuan itu. 

Ismail Sabri menggesa Lua berhenti melabelkan dirinya sebagai rasis sebaliknya fokus kepada usaha menarik lebih ramai pengundi Cina menyokong MCA dan BN.

Beliau berharap Kementerian Kesihatan dapat segera bertemu dan berbincang bersama peniaga-peniaga vape, bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap isuberkenaan.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , Rasis , Vape

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan