Elak Label 'Pendatang' Kepada Kaum India - PM

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 12:02 AM

Najib (tiga, kanan) dan isterinya, Rosmah beramah mesra dengan Subramaniam (kanan) yang juga Presiden MIC pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2015 di Dataran Kulim malam Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KULIM: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menggesa pihak-pihak tertentu jangan melabelkan masyarakat India yang telah banyak menyumbang kepada negara ini sebagai 'pendatang'.

"Janganlah gelar mereka pendatang. Jika kita gelar pendatang kita tidak anggap saudara kita itu mempunyai kewarganegaraan, sedangkan mereka berhak," kata Perdana Menteri.

Katanya, semua pihak perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensitif yang menjejas sensitiviti kaum di negara ini. 

Beliau berkata, jika semua pihak memelihara sensitiviti kaum, Malaysia mampu muncul sebagai negara "Sinar Harapan" dalam kalangan negara membangun.

"Kita perlu menjaga perasaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini, jangan sebut perkataan yang sensitif kepada mereka hanya kerana ingin menyakiti (hati) mereka.

Perdana Menteri menegaskan demikian ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Deepavali 2015 di Dataran Kulim di sini malam Rabu.

Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan