Banjir Lumpur Disebabkan 'Aktiviti' Di Luar Kawasan Selenggaraan - Anih Berhad

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 2:53 PM

-foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak lewat petang semalam dipercayai berpunca daripada "aktiviti" di luar kawasan penyelenggaraan ANIH Berhad.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ANIH Berhad Datuk Dr Azmil Khalid berkata, sampah sarap, kayu balak dan batu-batuan yang dihanyutkan dalam kejadian berhampiran Hutan Lipur Lentang itu menunjukkan terdapat aktiviti berkenaan menyebabkan berlaku limpahan air.

"Ingin saya tegaskan ini bukan kejadian tanah runtuh seperti mana yang disiarkan di akhbar, di laman sosial Facebook dan Twitter, ia bukan, tetapi ini adalah kejadian banjir lumpur.

"Sebab itu kita lihat ada batu-batuan, sampah sarap dan balak lama yang dihanyutkan sekali dengan air deras macam air terjun seperti yang berlaku semalam.

"Kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi, namun kami percaya berpunca daripada daripada aktiviti luar kawasan penyelenggaraan ANIH, sama ada diluluskan atau tidak, itu di luar bidang kuasa," katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang maksud "aktiviti" tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pembersihan di sini hari ini.

Turut sama ialah Pengarah ANIH Berhad Nik Fauzi TS Nik Hussein.
Katanya, ANIH Berhad sendiri telah menghantar sepasukan pegawainya bagi menyiasat tentang perkara tersebut bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Pada masa sama pegawai ANIH Berhad juga akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan termasuk Pejabat Daerah Bentong, Pejabat Tanah dan Galian Bentong untuk menghentikan sebarang aktiviti pembangunan yang sedang dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Ini kerana katanya, kawasan sepanjang jajaran Banjaran Titiwangsa itu amat sensitif dengan sebarang kegiatan pembangunan dan perlu pengawasan.

Menurut beliau ANIH Berhad sendiri sentiasa melakukan pemantauan cerun dari semasa ke semasa dan tanggapan mengatakan berlaku tanah runtuh hanya menimbulkan implikasi negatif kepada syarikat berkenaan sebagai pemegang konsensi lebuh raya berkenaan.

Sementara itu kerja-kerja membersihkan sisa banjir lumpur kini giat dilakukan dengan menggunakan pelbagai jentera berat termasuk dua buah jengkaut dan beberapa buah jentolak. 

Menurut Azmil bilangan jengkaut itu akan ditambah untuk memastikan kerja pembersihan dapat dilakukan secepat mungkin.

"Kita menjangkakan paling awal kerja-kerja pembersihan ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari jika ia dilakukan selama 24 jam dan apa yang penting untuk kita adalah keselamatan pengguna jalan raya.

"Bagaimanapun bila jalan tersebut akan dibuka hanya akan ditentukan oleh pihak polis," katanya.

Setakat pukul 1.30 petang ini lebuh raya berkenaan masih ditutup di kedua-dua arah menyebabkan beratus-ratus kenderaan terkandas sejak awal pagi tadi.


Pada masa sama Azmil turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar mengenai kejadian itu kerana ia hanya memburukkan keadaan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan