70 Keluarga Bermalam Di Dua Pusat Pemindahan Banjir Di Raub

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 12:33 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seramai 258 orang daripada 70 keluarga dalam daerah Raub terpaksa bermalam di pusat pemindahan banjir selepas penempatan mereka dinaiki air malam tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Pahang Zainal Yusoff berkata, kesemua mangsa dari tiga buah kampung iaitu Kampung Peruas, Pamah Kulat dan Pamah Rawas itu ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Surau Kampung Peruas dan Balai Raya Kampung Pamah Kulat yang mula berpindah kira-kira 10 malam tadi.

"Bagaimanapun sehingga pagi ini hanya lima orang daripada satu keluarga yang masih berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Pamah Kulat dengan yang lain telah dibenarkan pulang selepas air mulai surut.

"Pemindahan terpaksa dilakukan berikutan air sungai berhampiran telah membanjiri kawasan penempatan mereka bagaimanapun, ia tidak membabitkan sebarang kemalangan berlaku," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sementara itu, bagi menghadapi bencana banjir katanya JPAM Pahang telah bersedia dengan segala aset yang dimiliki untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Zainal berkata, seramai 6,500 anggota telah diarah bersiap siaga untuk digerakkan bila-bila masa bagi menghulurkan bantuan dengan kekuatan 68 kenderaan berat yang tersedia.

JPAM juga katanya, turut akan bertindak selaku sekreteriat bagi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang akan dibuka di setiap daerah manakala PKOB negeri akan berpusat di bangunan UTC Pahang.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail memaklumkan operasi penghantaran makanan ke semua 105 pangkalan hadapan telah siap dilakukan dan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir di Pahang ialah 657 yang boleh memuatkan 140,000 mangsa. 

Seramai 10,300 penjawat awam termasuk 5,100 orang yang terlibat secara langsung dalam operasi memindah dan menyelamat juga telah diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan cuti mereka dibekukan mulai 15 November hingga 15 Januari tahun hadapan.

Agensi terlibat juga akan mengadakan latihan simulasi banjir di Sungai Lembing di sini pada 17 November ini.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: banjir , Raub , Pamah Rawas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan