Tanah Runtuh: 25 Penghuni Kuarters Berjaya Diselamatkan

Diterbitkan: Khamis, 12 November 2015 8:13 AM

Seorang pengguna lebuhraya duduk di pembahagi jalan yang bertakungkan lumpur ekoran kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Sejumlah 25 penghuni kuarters Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang terletak berhampiran lokasi tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berjaya diselamatkan selepas terputus hubungan berikutan kejadian itu, malam Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Morni Mamat berkata satu unit daripada 10 buah unit kuarters terjejas selepas jalan utama yang menghubungkan kuarters berkenaan dinaiki air yang turut membawa serpihan dan pasir ke kawasan berkenaan.

Beliau berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan termasuk seorang ibu yang masih berpantang dan ditempatkan di sebuah masjid di Lentang buat sementara waktu.

"Sebanyak 12 anggota bomba dari Bentong, Karak dan Genting Highlands dikerah ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terperangkap di kuarters itu sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang.

"Aliran air masih lagi berlaku di belakang kuarters berkenaan dan bomba akan memantau struktur bangunan itu dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Morni berkata taburan hujan yang melebihi paras biasa dipercayai menjadi punca utama berlakunya kejadian banjir lumpur yang membawa kepada tanah runtuh di situ.

"Taburan hujan berkenaan telah menyebabkan lumpur dan kayu mula hanyut dibawa daripada arah kawasan bukit sebelum turun ke jalan raya.

"Justeru, pihak bomba telah mengarahkan pihak konsesi lebuh raya untuk menutup laluan ini buat sementara waktu bagi memudahkan pihak penyelamat memantau keadaan dan struktur jalan berikutan masih terdapat pergerakan air dan tanah," katanya.

Dalam pada itu, sebanyak lapan orang pengguna lebuh raya yang terperangkap akibat kejadian banjir lumpur dekat sini disahkan selamat.

"Kesemua mangsa disahkan selamat sejurus bomba tiba di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, sebanyak 70 anggota bomba dari Bentong, Karak, dan Genting Highlands termasuk pasukan bomba sukarela dari Kuala Lumpur dan Gombak dikerah ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 6.30 petang bagi tujuan menyelamat mangsa dan membersihkan kawasan sekitar yang terjejas akibat kejadian itu.

Tinjauan Bernama juga mendapati trafik sesak sepanjang 14 kilometer di laluan yang terjejas di lebuh raya berkenaan akibat kejadian itu.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya KL-Karak (KLK) Anih Berhad dalam kenyataan berkata pihaknya bertindak menutup laluan kedua-dua hala atas faktor keselamatan.

Kenyataan itu menyebut tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori  terkandas di tempat kejadian namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan.

Pihak KLK sedang giat melakukan kerja pembersihan serta mengadakan laluan  kontra.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan