Wakil Angkasa Menang Pemilihan Sektor Perumahan Koperasi Dunia

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 3:19 PM

Mohamad Ali Hasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menang dalam pemilihan Lembaga Pengarah Sektor Perumahan Koperasi Dunia di Antalya, Turki, Selasa.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fatah Abdullah yang kini berada di negara itu  berkata pemilihan Mohamad Ali dibuat pada mesyuarat jawatankuasa sektor perumahan tersebut sempena Persidangan Global Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA), sebuah badan utama koperasi dunia.

"Pemilihan wakil Malaysia ini merupakan pengiktirafan di peringkat ICA kepada kita (negara ini) dalam arena koperasi antarabangsa.

"Dengan pemilihan ini, ia akan membolehkan kita berkongsi pengalaman, membincangkan isu perumahan koperasi dan kita juga boleh berkolaborasi dengan koperasi-koperasi di negara seluruh dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, lembaga pengarah sektor perumahan peringkat dunia tersebut dianggotai lapan wakil negara ahli ICA.

Abdul Fatah yang juga Presiden Asean Cooperative Organisation (ACO) berkata, beliau juga berbangga apabila beberapa cadangan Angkasa kepada sektor perumahan dunia itu turut dibincangkan dalam sesi dialog mesyuarat sektor tersebut.

Beliau berkata, cadangan Angkasa ialah supaya Bank Perumahan Koperasi Dunia ditubuhkan dan cawangan-cawangannya diwujudkan di seluruh dunia dan yang kedua, mewujudkan bantuan kewangan dan teknikal untuk membantu negara-negara yang memerlukan khususnya negara yang dilanda bencana alam serta konflik antarabangsa.

"Cadangan ketiga ialah memperbanyakkan lagi pinjaman atau biasiswa di peringkat nasional, wilayah dan antarabangsa bagi memajukan koperasi perumahan.

"Cadangan terakhir pula mewujudkan dana khas kepada koperasi perumahan di negara-negara untuk menyediakan perumahan kepada anggota koperasi khusus dalam hal baik pulih, penyelenggaraan dan penyusunan semula kewangan bagi bayaran balik pinjaman perumahan," katanya.

Sementara itu, Abdul Fatah berkata Malaysia yang terpilih menjadi tuan rumah Persidangan Koperasi Peringkat Dunia pada 2017 akan mempromosikan Malaysia ke semua 87 delegasi yang berada dalam ICA ini.

"Ada antara mereka terkejut apabila terdengar Malaysia sebuah negara maju. Oleh sebab itu ia jadi daya penarik mereka ingin mengunjungi dan mengenali negara kita.

"Kita juga menggesa koperasi di negara ini mengambil peluang dalam persidangan tersebut yang antara pengisian sempena persidangan itu ialah pameran, kertas kerja dan sesi perkongsian pengalaman dan sebagainya," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohamad Ali Hasan , Angkasa , ICA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan