Tolak Bajet 2016 Tak Akan Sebabkan "Government Lock Down" - Pakatan Harapan

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 11:22 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Harapan mendakwa penolakan Bajet 2016 tidak akan membawa kepada berlakunya "government lock down", sebaliknya ia peluang keemasan untuk membetulkan belanjawan yang membebankan rakyat.

Perkara itu disampaikan tiga Ketua Whip mewakili PKR, Datuk Johari Abdul; Lok Siew Fook (DAP) dan Khalid Ab Samad mewakili Amanah menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pagi Rabu.

"Sekiranya bajet baharu dikemukakan, mungkin akan dapat memasukkan pindaan seperti yang diingini. Kadar GST dapat disifarkan, pembasmian rasuah dapat diutamakan, usaha kronisme dapat ditamatkan dan subsidi serta bantuan yang lebih bermakna kepada rakyat dapat dilaksanakan.

"Sekiranya kesan penolakan bajet adalah ‘government lock down’, sudah pasti tiada siapa akan menolak bajet. Amalan membahas dan melulus bajet menjadi tidak bermakna kerana semua akan ‘terpaksa’ melulskannya dan ia akan menjadikan Parlimen ‘rubber stamp’ yang memungkinkan kerajaan BN (Barisan Nasional) meluluskan apa sahaja yang diinginkan," kata mereka.

Malahan, Pakatan Harapan juga meminta supaya tiada pihak yang cuba menimbulkan keresahan dan ketakutan di kalangan rakyat terhadap tindakan menolak bajet.

Sebelum ini timbul pelbagai spekulasi bahawa tindakan menolak Bajet 2016 akan berlaku 'goverment lock down' iaitu keadaan di mana kerajaan tidak dapat berfungsi, sekali gus mengakibatkan kakitangan awam tidak akan menerima gaji, hospital tidak akan menerima bekalan ubat-ubatan dan sebagainya.

Jelas Pakatan Harapan lagi, penolakan bajet adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi berparlimen secaa tindakan belah bahagi.

"Walaupun ianya ditolak pembangkang, undi menyokong dari Ahli Parlimen BN melebihi undi pembangkang dan dengan itu ianya diluluskan," kata mereka.

Pada masa sama, gabungan baharu pembangkang itu membidas PAS kerana dianggap tidak wajar mengambil sikap berkecuali dalam hal berkaitan bajet kali ini.

"Sikap berkecuali tidak akan membantu rakyat terbanyak dan menjadikan kehadiran di Parlimen tidak bermakna," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Whip Pakatan Harapan menjelaskan, kemungkinan adanya perbezaan pada tahun ini kerana mungkin  bajet akan ditolak apabila undi sokongan dari Ahli Parlimen BN dikatakan tidak padu dan ada yang akan menolaknya.

"Penolakan bajet akan menjadi pukulan hebat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan kabinetnya. Ianya boleh menjadi undi tidak percaya terhadap Najib. Kemungkinan besar usul undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang tidak akan diangkat untuk perbahasan oleh pihak kerajaan. Oleh itu tindakan penolakan bajet boleh menjadi penggantinya," kata mereka lagi.

Berdasarkan teori Pakatan Harapan, susulan penolakan bajet itu, Najib terpaksa sama ada membentangkan bajet alternatif yang boleh dipersetujui oleh Parlimen atau meletak jawatan dan memberi laluan kepada pembentukan kabinet baharu.

Alternatif ketiga pula, Najib boleh membubarkan Parlimen untuk diadakan Pilihan Raya peringkat Parlimen iaitu selepas  meluluskan bajet untuk tempoh tiga bulan bagi menjamin perjalanan kerajaan dan dalam tempoh itu, pihak yang memenangi pilihan raya Parlimen telah membentuk kerajaan dan menyediakan bajet baharu untuk diluluskan Parlimen.

"Memandangkan pengundian terhadap bajet akan dilakukan pada 16hb November, tempoh masa untuk membentangkan kembali bajet atau membentuk kabinet baru untuk menyediakan bajet baru, adalah lebih dari mencukupi," kata mereka.


    



iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan