Tawfik Ada Niat Tak Baik - Tun M

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 2:43 PM

Tun Dr Mahathir Mohamad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik ahli G25 Tawfik Tun Dr Ismail berhubung kenyataannya bahawa kumpulan terkemuka Melayu tidak yakin bahawa pengganti perdana menteri mampu melakukan sesuatu yang lebih baik.

Dr Mahathir berkata, Tawfik 'berhak untuk mengatakan apa yang dia suka'.

"Jelas dia (Tawfik) datang ke pertemuan itu dengan niat tidak baik. Di hadapan saya dia muncul memberikan sokongan tetapi di belakang saya, dia berkata sebaliknya," kata Dr Mahathir pada simposium mengenai rasuah, Rabu.

Tawfik dalam satu temu bual baru-baru ini mendedahkan bahawa kumpulan itu bertemu dengan Dr Mahathir pada dua masa yang berlainan tahun ini, di mana topik menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibangkitkan.

Tawfik berkata, kumpulan itu menolak untuk terlibat kerana mereka tidak mahu berat sebelah dan tidak yakin bahawa penggantian Najib akan menjadikan keadaan lebih baik.

"Kami pertama kali bertemu Dr Mahathir pada awal tahun ini untuk membincangkan tentang Islam dan perlembagaan dan dia mengubah subjek kepada perubahan dalam kepimpinan.

"Saya membalas dengan berkata: Apa yang membuatkan beliau berfikir dengan menggantikan Najib ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik? Pada masa itu, Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) masih timbalan perdana menteri," kata Tawfik.

G25 kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa kumpulan itu tidak mempunyai kaitan dengan kenyataan Tawfik, sambil berkata pandangan beliau adalah peribadi dan tidak menggambarkan pendapat kumpulan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan