SELCAT Belum Putuskan Siasatan Ke Atas DEIG

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 8:44 PM

Hannah Yeoh.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) belum memutuskan sama ada perlu menjalankan siasatan ke atas Darul Ehsan Investment Group (DEIG), terutama membabitkan tawaran pinjaman bank RM500 juta kepada salah sebuah anak syarikat kumpulan itu.

Pengerusi SELCAT Hannah Yeoh berkata pihaknya akan berbincang mengenai perkara itu bersama anggota jawatankuasa SELCAT sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya akan berbincang dengan anggota jawatankuasa SELCAT yang lain sama ada perlu menjalankan siasatan ke atas isu itu atau tidak. Perbincangan akan dibuat selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat ini," katanya kepada pemberita di lobi DUN, di sini Rabu.

Beliau diminta mengulas gesaan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 6 November lepas, yang mahu SELCAT menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu DEIG terutama melibatkan dakwaan tawaran pinjaman itu.

Abdul Khalid dilaporkan berkata dalam siasatan itu, SELCAT mesti mengesahkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran tatacara serta etika pengurusan dan pentadbiran, meskipun DEIG mengaku kewujudan tawaran pinjaman itu yang kemudiannya ditolak.

Pada Rabu lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang dari Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi dalam satu sidang media menuntut Menteri Besar Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan berhubung tindakan DEIG menerusi anak syarikatnya, DEIG Land Sdn Bhd (DEIG Land) yang didakwa menerima tawaran pinjaman berjumlah RM500 juta daripada sebuah bank tempatan.

Budiman mendakwa pinjaman itu untuk mengambil alih dan melunaskan hutang Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berjumlah RM424.7 juta.

ADUN Sungai Panjang itu juga mendakwa pinjaman berkenaan dilaporkan melibatkan aset negeri sebagai cagaran termasuk tanah yang melebihi jumlah pinjaman.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Operasi DEIG Soffian Affendi Aminuddin dilaporkan mengakui pernah memohon kepada bank untuk pinjaman itu dan menerima tawaran pinjaman berkenaan.

Bagaimanapun, Soffian Affendi berkata cadangan tawaran itu tidak diluluskan di peringkat lembaga pengarah syarikat DEIG. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SELCAT , DEIG , Hannah Yeoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan