Dua Pegawai Kanan Syabas Ditamatkan Perkhidmatan - Azmin - Berita Semasa | mStar

Dua Pegawai Kanan Syabas Ditamatkan Perkhidmatan - Azmin

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengesahkan dua pegawai kanan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) telah ditamatkan perkhidmatan selepas persetujuan bersama dicapai.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), anak syarikat penuh kerajaan negeri, secara rasmi mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) pada 15 Oktober lepas.

Dua pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Rashid Abdul Satar.

"Penamatan perkhidmatan adalah perkara biasa dalam mana-mana proses pengambilalihan.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri memberi jaminan mereka (kakitangan) yang lain akan terus dikekalkan di bawah pengurusan baharu... tetapi ada kemungkinan fungsi kerja mereka perlu diperjelaskan supaya lebih efektif dan berkesan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini Rabu.

Mohamed Azmin berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) berhubung susulan pengambialihan pengurusan air negeri oleh Air Selangor.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata Air Selangor akan turut mengeluarkan laporan tahunan bagi pihak Syabas dan Puncak Niaga yang mana ia tidak pernah dikeluarkan sebelum ini untuk pengetahuan umum.  - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Mohamed Azmin Ali , Syabas , pegawai kanan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan