Pakar Forensik JKR Dihantar Ke Kawasan Tanah Runtuh Esok - Fadillah

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 11:25 PM

Kerja-kerja pembersihan dilakukan di lokasi kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit Tinggi malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya akan menghantar pasukan pakar forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau keadaan kawasan tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada Khamis.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, JKR sudah berada di lapangan bagi melakukan kerja-kerja pembersihan yang dijangka siap pagi Khamis.

"Apa yang penting (sekarang), walaupun pembersihan sudah dibuat, kita nak pastikan laluan itu selamat untuk dilalui. Pada masa ini, pengguna sama ada yang tersadai atau ingin melalui jalan itu, hubungi Bilik Gerakan JKR untuk mendapatkan maklumat tepat.

"Jangan bersandarkan kepada media sosial melainkan saluran sahih termasuk  rangkaian berita nasional," katanya pada sidang media, di sini malam Rabu.

Fadillah juga menasihatkan pengguna agar menangguhkan perjalanan atau menggunakan jalan alternatif kerana pihaknya tidak akan membuka jalan berkenaan berikutan laporan awal mendapati pergerakan tanah masih berlaku.

"Kita hanya membuka jalan berkenaan setelah disahkan bahawa cerun tanah itu sudah berada dalam keadaan stabil untuk memastikan keselamatan orang ramai," katanya.

Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada  7.18 malam Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan