Malaysia Pelajari Sistem Saringan Di UK Sebelum Laksana APSS

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 12:00 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan delegasinya menghadir taklimat di Ibu Pejabat Polis Greater Manchester, Selasa, dalam rangka lawatan kerja empat hari ke United Kingdom.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sebagai persediaan pelaksanaan sistem saringan analisis data bagi kemasukan penumpang melalui jalan udara ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen, Malaysia meninjau penggunaan sistem serupa oleh United  Kingdom (UK) di Manchester.

Pengalaman UK mengendalikan sistem analisis data 'Maklumat Awal Penumpang' (API) dan 'Rekod Nama Penumpang' (PNR) dipelajari sebelum Malaysia sendiri memperkenalkan sistem saringannya yang dikenali sebagai 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS).

Pengenalan dan pelaksanaan sistem saringan APSS itu juga menjadi prasyarat kepada Malaysia untuk mengikuti Program Pengecualian Visa (VWP) dari Amerika Syarikat nanti, yang akan membolehkan rakyat Malaysia membuat perjalanan ke AS tanpa visa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke United Kingdom pada Selasa mengetuai rombongan delegasi Malaysia meninjau 'National Border Tracking Centre' (NBTC) di Manchester yang mengendalikan pemantauan dan saringan menggunakan sistem API dan PNR untuk penumpang semua perjalanan antarabangsa.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sehingga kini NBTC telah memproses 427 juta data API dan 55 juta data PNR untuk penumpang jalan udara yang masuk dan keluar dari United Kingdom.

Katanya, penggunaan kaedah saringan itu lebih menjimatkan masa dan efisien tanpa memerlukan pemeriksaan fizikal terhadap penumpang.

"Saringan menggunakan data API dan PNR ini juga dapat membantu mencegah dan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di pintu-pintu masuk dan keluar negara.

Saya juga telah melawat pusat seumpama ini iaitu National Targeting Centre di Washington, Amerika Syarikat pada tahun lepas," katanya.

Ahmad Zahid berkata APSS yang menghubungkan data dengan jabatan penerbangan awam dan syarikat-syarikat penerbangan akan dilaksanakan seberapa segera selepas Malaysia menandatangani Perjanjian Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat (PCSC) dengan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

PCSC dijadualkan ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat apabila Presiden Barack Obama melawat Malaysia semasa Sidang Kemuncak Asean yang dijadualkan pada minggu ketiga bulan ini.

Perjanjian PCSC adalah keperluan terakhir bagi Malaysia untuk menyertai VWP.

Malaysia sebelum ini telah menandatangani Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6), yang merupakan salah satu perjanjian yang diperlukan bagi VWP.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata Malaysia perlu mempelajari sistem saringan seperti API dan PNR di UK, bagi menjamin keselamatan negara dan ia perlu dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Nasional  (SKIN).

Di Manchester, Ahmad Zahid dan rombongan turut melawat ibu pejabat Polis Greater Manchester bagi meninjau pelaksanaan program pengawasan komuniti dalam usaha menangani ancaman keganasan.

Kerajaan UK, katanya telah memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan pembanterasan keganasan susulan tragedi pengeboman d London pada 7 Jun, 2005.

"Kaedah yang dilaksanakan oleh pihak UK ini boleh dicontohi oleh Malaysia terutamanya daripada aspek kerjasama pintar antara pihak polis dan komuniti.

Ini kerana PDRM telah memulakan inisiatif sebegini dalam menangani jenayah ragut jalanan dan ia boleh diperluaskan untuk jenayah kegananasan," kata Ahmad Zahid.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: UK , APSS , Ahmad Zahid Hamidi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan