Anak Kucing Terperangkap Di Jambatan P.Pinang Berjaya Diselamatkan

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Satu babak cemas dan mengharukan berlaku apabila anggota bomba mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terkandas di salah satu tiang Jambatan Pulau Pinang di sini.

Ketika tiba di jambatan itu, salah seorang anggota bomba segera bertindak dengan melompat turun dari jambatan pada ketinggian kira-kira tiga meter untuk menyelamatkan anak kucing itu pada pukul 10.45 pagi Selasa.

Dengan hanya menggunakan tali abah-abah, anggota bomba kemudian memasukkan kucing itu ke dalam beg sebelum dengan pantas memanjat naik semula ke jambatan, dalam kejadian di kilometer enam jambatan yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Daud Mad Disa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.05 pagi dan tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian.

"Operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba," katanya, sambil menambah trafik lancar apabila anggota bomba menjalankan operasi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana kucing itu boleh berada di tiang itu.
Tags / Kata Kunci: anak kucing , jambatan P.Pinang , Bomba

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan