Doktor Kita Lemah Bahasa Inggeris

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kemerosotan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pengamal perubatan menunjukkan situasi semakin membimbangkan.

Pengarah Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datuk Dr Raymond Azman Ali melahirkan kebimbangan ini di kalangan pelajar perubatan dan doktor baharu.

"Ia bukan sahaja menjadi masalah di kalangan pelajar perubatan. Kita dapat mengesan masalah yang sama di kalangan doktor muda.

"Ia jelas dapat dilihat di hospital apabila mereka melakukan pembentangan dan berbual dengan rakan-rakan dan warga kerja yang lebih berpengalaman," katanya.

Beliau berkata, situasi ini akan menjejaskan perkhidmatan mereka kerana doktor terpaksa berkomunikasi dengan pesakit dan rakan-rakan mereka dengan cekap.

"Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang biasa dalam bidang perubatan. Hampir setiap masa, kita perlu menerbitkan jurnal dan membentangkannya dalam bahasa Inggeris.

"Adalah sesuatu yang buruk jika kita tidak boleh berkomunikasi dengan baik sewaktu menjalankan tugas," katanya.

Dr Raymond berkata, lebih 90 peratus daripada jurnal diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

"Bagaimana anda boleh mengharapkan mereka untuk memahami tesis perubatan dan membantu pesakit jika mereka sendiri tidak dapat memahaminya terlebih dulu?" tanya beliau.

Berkongsi pengalaman sendiri ketika beliau belajar perubatan di Monash University, Australia, beliau berkata kesemua kes telah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

"Ini pasti membantu saya memahami teori-teori kompleks dan dalam membentangkan kertas kerja saya di tahun akhir."

Dr Raymond berkata ramai pelajar perubatan menunjukkan kelayakan yang sangat baik di atas kertas tetapi ketika berdepan dengan mereka, mereka mempunyai masalah untuk memperkenalkan diri mereka.

"Apabila menjalankan temuduga di universiti awam, sebahagian besar daripada keputusan mereka kelihatan baik di atas kertas.

"Tetapi jika kita minta mereka menerangkan sesuatu, mereka akan bertanya jika mereka boleh menjawab dalam bahasa Melayu. Apabila kita bertanya lagi dalam bahasa Inggeris, mereka sudah bingung," katanya.

Pada Isnin, The Star melaporkan bahawa lemah bahasa Inggeris adalah sebab utama kira-kira 1,000 graduan perubatan gagal menjadi doktor sepenuhnya walaupun telah menamatkan latihan sebagai doktor pelatih selama dua tahun di hospital kerajaan.


Perunding kardiologi Institut Jantung Negara (IJN)  Dr Shaiful Azmi Yahya berkata sesuatu perlu dilakukan segera memandangkan bilangan mereka yang tercicir bahasa Inggeris semakin meningkat.

Beliau berkata, doktor perubatan perlu mahir dalam bahasa Inggeris bagi memudahkan tugas dalam bidang masing-masing dan bukan semata-mata untuk memahami rujukan perubatan dan buku teks.

"Doktor sering keluar dan menghadiri persidangan sebagai sebahagian daripada bidang kerja mereka," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata masalah bahasa ini tidak hanya membelenggu rakyat Malaysia sahaja kerana doktor lain yang bukan penutur bahasa Inggeris juga menghadapi halangan yang sama.

"Ramai doktor mempunyai banyak idea yang ingin dikongsikan dengan orang sekeliling mereka tetapi apabila mereka menyatakannya, bahasa Inggeris mereka begitu buruk sehingga orang lain tidak dapat memahaminya.

"Saya pernah pergi ke persidangan dan terdapat doktor dari Korea dan Jepun yang mengambil bahagian. Apabila kita cuba  bertindak balas terhadap pembentangan mereka, mereka tidak dapat faham apa yang kita bertanya," katanya.

The Daily Mail di Britain menekankan kes seorang doktor Itali, Dr Alessandro Teppa, 45, telah dilarang daripada menjalankan tugasnya di Britain bahasa Inggerisnya yang lemah.

Laporan itu berkata, walaupun bekerja sebagai pakar urologi di Britain sejak 2012, arahan Dr Teppa dalam bahasa Inggeris adalah begitu buruk sehingga beliau menimbulkan 'risiko-risiko penting kepada pesakit'.

Dr Shaiful, lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994, berkata beliau mendapat manfaat daripada sistem di UKM, di mana bidang perubatan diajar dalam bahasa Inggeris.

"Kebanyakan pensyarah kami adalah rakyat Malaysia, malah kami juga mempunyai pensyarag Myanmar dan seorang profesor yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Kami menggunakan jurnal dan buku teks antarabangsa. Kami juga mempunyai beberapa buku diterjemahkan dan saya masih ingat buku fisiologi adalah dalam bahasa Melayu.

"Semasa belajar berkumpulan, kami menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris tetapi semasa peperiksaan, kami perlu menjawab dalam bahasa Inggeris," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata usaha berterusan sedang diambil untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris.

"Saya akan menganjurkan dialog dengan semua pihak berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi berkaitan," katanya kepada pemberita.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan