Pahang Keluar Amaran Banjir Tiga Hari Lebih Awal

Diterbitkan: Rabu, 11 November 2015 4:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan amaran banjir tiga hari lebih awal sebelum bencana itu diramal berlaku bagi membolehkan penduduk membuat persiapan sewajarnya untuk berpindah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata perkara itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, menggunakan teknologi moden yang boleh memberi ramalan agak tepat berhubung bencana alam itu.

"Jabatan Meteorologi akan menasihatkan dan kita boleh jangka berapa lama masa yang diperlukan untuk air naik dan sampai ke kawasan tertentu. Jadi kita boleh memberi amaran kepada penduduk kawasan itu dan sekitarnya," katanya.

Muhammad Safian berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang kali ketiga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini, Rabu.

Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan banjir tahun ini tidak seteruk tahun lalu dan hujan di kawasan pesisiran pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin dijangka bermula Disember manakala daerah lain dijangka mula mengalami hujan pada Januari 2016. 

Berhubung persiapan banjir, Muhammad Safian memaklumkan operasi penghantaran makanan ke semua 105 pangkalan hadapan telah siap dilakukan dan jumlah keseluruhan pusat pemindahan banjir di Pahang ialah 657 yang boleh memuatkan 140,000 mangsa.

"Seramai 10,300 penjawat awam termasuk 5,100 orang yang terlibat secara langsung dalam operasi memindah dan menyelamat kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga dan cuti mereka dibekukan mulai 15 November hingga 15 Januari tahun hadapan," katanya. 

Semua agensi terlibat juga akan mengadakan latihan simulasi banjir di Sungai Lembing di sini pada 17 November ini, katanya.

Muhammad Safian turut memaklumkan kerajaan negeri akan membuka Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di setiap daerah manakala PKOB negeri akan berpusat di bangunan UTC di sini. 

Secara keseluruhannya, Muhamamd Safian berkata kerajaan negeri berpuas hati dengan semua persiapan yang dibuat, dan memberi jaminan tindakan itu juga mengambil kira kebimbangan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perlombongan bauksit di sini. 

"Perlombongan bauksit akan dihentikan pada musim hujan dan taklimat Jabatan Mineral dan Geosains pada mesyuarat baru-baru ini juga mengatakan tiada kerja perlombongan pada musim hujan," katanya. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: banjir , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan