Mangsa Culik: Thien Kuatkan Diri Demi Keluarga

Diterbitkan: Selasa, 10 November 2015 11:22 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Sepanjang enam bulan menjadi tebusan kumpulan bersenjata di dalam hutan di Selatan Filipina, Thien Nyuk Fun menguatkan diri demi keluarganya di sini, biarpun berdepan pengalaman pahit sepanjang diculik.

"Memikirkan dua anak saya kehilangan bapa mereka pada usia sangat muda, menantu saya, cucu saya dan ibu saya yang sudah tua, memberi saya kekuatan untuk terus hidup walaupun menempuh pengalaman pahit," katanya.

Thien yang ditemui pada Selasa, berkata sepanjang menjadi tebusan, beliau memberitahu dirinya bahawa dia mesti kuat dalam berdepan keadaan yang sukar itu untuk bertemu kembali keluarganya. 

"Anak-anak saya kehilangan bapa mereka, dan saya tidak mahu mereka kehilangan saya pada masa ini kerana mereka masih muda," katanya.

Thien turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas doa dan sokongan mereka, serta semua yang terlibat dalam membantu sehingga beliau dibebaskan.

Thien, 50, yang juga pengurus Restoran Ocean King di sini, dibebaskan oleh kumpulan penculik dari Selatan Filipina pada Ahad lepas. 

Dia antara dua orang yang diculik dalam kejadian di Restoran Ocean King, pada Mei lepas. 

Seorang lagi yang belum dibebaskan adalah pelanggan restoran berkenaan, Bernard Then dari Sarawak.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Thien Nyuk Fun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan